Thursday 8 December 2011

LAWATAN MURID PRASEKOLAH

lawatan murid prasekolah di tudm kem batu 10,kuantan.

terpancar wajah keriangan mereka

SENARAI FAIL PRASEKOLAH

01 FAIL JAWATANKUASA PEMUAFAKATAN
02 FAIL INVENTORI
03 FAIL PENCERAPAN-P&P
                                        -PENGURUSAN KELAS

04 REKOD RANCANGAN MENGAJAR
05 FAIL STOK BAHAN BASAH DAN KERING
06 REKOD TUGASAN PPM
07 FAIL SURAT PEKELILING DAN SURAT SIARAN
08 FAIL KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN
09 FAIL PENGURUSAN KEWANGAN(PCG,MAKAN DAN KO)
10 PENGGUNAAN ICT
11 PENYELANGGARAAN STOR
12 KELUAR MASUK MURID
13 REKOD PERGERAKAN GURU DAN PPM
14 MINIT MESYUARAT
15 SURAT KELUAR/MASUK'
16 REKOD PELAWAT
17 PROGRAM TAHUNAN
18 REKOD KEDATANGAN
19 PORTFOLIO MURID
Nota :
Semua fail mestilah disediakan dalam fail kulit keras berwarna putih




KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN(KSPK)

Enam tunjang Pembelajaran
1.Tunjang Komunikasi   : Bahasa Malaysia, BI, B. Cina,dan B. Tamil
2.Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai  :  Pendidikan Agama Islam  dan Moral
3.Tunjang Kemanusiaan
4.Tunjang Ketrampilan
5.Tunjang Fizikal dan Estetika
Tunjang Sains dan Teknologi

Dua Jenis Modul 
  • Modul Asas Teras
Modul asas Bhs Malaysia
Modul asas Bhs Inggeris, Bhs
Cina dan Tamil
Modul Asas P. Islam
Modul Asas P. Moral
Modul Perkembangan Fizikal
(aktiviti luar)
Modul Asas Matematik
  • Modul Bertema 
Gabungan dari enam tunjang


TENTANG PENDIDIKAN PRASEKOLAH

 MATLAMAT
Pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan,menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.

OBJEKTIF
  • mempunyai sifat peribadi,perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warga negara yang patriotik.
  • menggunakan Bahasa Melayu dengan betul dan memperkembangkan kemahiran berbahasa dan berkomunikasi.
  • menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua.
  • mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian berasaskan ajaran agama
  • mempunyai kemahiran kognitif untuk berfikir dan menyelesaikan masalah
  • mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial
  • mempraktikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang baik
  • mempunyai daya kreativiti dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya.
KONSEP 
Merupakan pendidikan yang tidak formal dan fleksibel.Kaedah pengajaranya menggunakan pendekatan belajar melalui bermain.Aktiviti yang dirancang menitik beratkan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh,bersepadu dan seimbang.Di samping menekankan aktiviti yang boleh meransang naluri ingin tahu,mengukuhkan kordinasi motor kasar dan halus,menggunakan daya kreatif ,memupuk semangat bekerjasama ,sifat hormat-menghormati dan berdisplin bagi menyediakan mereka mengikuti pembelajaran dan pengajaran yang lebih formal di sekolah rendah.

VISI
"Pengurusan Pendidikan Prasekolah Bertaraf Dunia"

MISI
Membangunkan Sisitem Pengurusan Pendidikan yang bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara.



PERANAN DAN TUGAS GURU PRASEKOLAH

1.PENGURUSAN KURIKULUM PRASEKOLAH
  • menyediakan rancangan tahunan
  • menyediakan rancangan harian
  • pelaksana p&p prasekolah
  • membuat pentaksiran murid
2.PENGURUSAN KOKURIKULUM PRASEKOLAH
  • merancang takwim tahunan
  • pengurusan sukan dan motivasi murid
  • merancang dan melaksana aktiviti rekreasi
3.PENGURUSAN PRASARANA
  • mewujudkan suasana kelas yang kondusif
  • mewujudkan persekitaran pembelajaran bilik darjah yang selamat.
4.PENGURUSAN KEWANGAN
  • membuat anggaran belanja mengurus (ABM peruntukan tahunan prasekolah)

FAIL RANCANGAN MENGAJAR PRASEKOLAH


1.           BAHAN YANG PERLU ADA DALAM FAIL RANCANGAN MENGAJAR ( NAMA FAIL )

I.              BUTIRAN MAKLUMAT FAIL REKOD MENGAJAR ( FOLDER 4 )
-          COVER DEPAN
-          MAKLUMAT GURU
-          TAKWIM
-          SENARAI TEMA TAHUNAN
-          JADUAL KELAS / PERIBADI GURU

II.            RANCANGAN MENGAJAR HARIAN ( FOLDER 5 )
-          DICETAK – TAIP ATAU DITULIS TANGAN


2.           BAHAN YANG PERLU DI ’BINDING’ DAN DISERTAKAN DALAM FAIL RM.

I.              WEB KSPK PAHANG ( FOLDER 9 )
-          1 WEB BOLEH DIGUNAKAN UNTUK BEBERAPA MINGGU MENGIKUT KESESUAIAN
-          URUTAN PENGGUNAAN WEB MENGIKUT PUTARAN JAM.
-           
II.            RANCANGAN TAHUNAN ( FOLDER 6 )
-          SATU RM MINGGU KE... BOLEH DIGUNAKAN LEBIH DARIPADA SATU MINGGU.
-          STANDARD PEMBELAJARAN YANG DICADANGKAN BOLEH DI UBAHSUAI MENGIKUT KESESUAIAN DAN KEBOLEHAN MURID

III.           RANCANGAN TAHUNAN  BC DAN  BT ( FOLDER 2 & 3 )
-          SILA PILIH STANDARD PEMBELAJARAN YANG SESUAI.
-          STANDARD PEMBELAJARAN  MESTI MENGIKUT URUTAN
-          UNTUK SJKC DAN SJKT SAHAJA

IV.          RANCANGAN TAHUNAN PENDIDIKAN ISLAM ( FOLDER 7 )
-          SILA PILIH STANDARD PEMBELAJARAN YANG SESUAI.
-          KHAS UNTUK GURU PENDIDIKAN ISLAM

Tuesday 6 December 2011

CARA MENGUMPUL MAKLUMAT(EVIDENS)

MENTAKSIR
  1. Pemerhatian
  • Tingkah laku -Mengurus diri
                              -Bermain bersama rakan
     2. Interaksi
  • Aktiviti- bacaan
                     - nyanyian

                     -main peranan dll lagi

    3.Proses dan hasil kerja
  • Diperhati dan dinilai-lukisan
                                       -buku skrap
                                     
                                       -lembaran kerja dll lagi


MEREKOD
  1. Senarai semak
  2. Rekod Anekdot
  3. Rekod Berterusan
Melalui data yang telah direkod analisis dan interpretasi maklumat perlu dilakukan.
Maklumat yang diperolehi daripada pemerhatian yang sistematik direkodkan dan dikumpulkan dalam portfolio sebagai rujukan yang menunjukkan kemajuan,kekuatan,konsep dan kemahiran yang mereka kuasai.